Hari ini 25 Disember 2010 aku pun teringat nak buka blog untuk aku bercerita kisah-kisah jutawan dalam dunia ni. Ada beberapa nama aku cuba buat tetapi telah diambil orang antaranya duniajutawan.blogspot.com (tidak aktif dan tiada post pun) dan kisahjutawan.blogspot.com (aktif dan banyak post). Tiba-tiba datang satu ilham supaya aku cuba planetjutawan.blogspot.com dan ianya menjadi milik aku.
Sebenarnya aku sudah lama berminat untuk mengetahui tentang cerita-cerita jutawan, terutamanya dari laman web Forbes.com pada setiap awal tahun mereka akan mengeluarkan senarai terbaru jutawan dunia. Aku selalu simpan senarai tersebut. Nanti akan aku siarkan. Di astro juga ada menyiarkan beberapa kisah tentang jutawan antaranya Europe's Richest People, World's Richest People. Aku juga suka tengok The Secret Millionaire di youtube.
Harap para pembaca yang mempunyai minat yang sama dengan aku dapat berkongsi maklumat di sini. Semoga kita dapat mencerikan lagi blog ini.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment